E-Buku Kuat Katang

E-buku Kuat Katang ditulis oleh Zaki Khan untuk mempermudah orang ramai mengikuti program latihan berdasarkan blok latihan yang mensasarkan kekuatan dan dalam masa sama bina kekuatan. Ia dikeluarkan pada tahun 2019 dan kini terdapat kira-kira 500+ orang menggunakan program latihan ini. Berdasarkan maklum balas yang didapati setakat ini, majoriti memberi maklum balas positif dan sebahagian kecil lagi hanya membeli dan tidak menggunakannya.

Program ini sesuatu untuk lelaki dan perempuan yang ada akses kepada peralatan asas gim seperti barbell, bench dan squat rack. Paling penting anda juga perlu memiliki plate bebanan yang mencukupi berdasarkan kekuatan anda. Program ini dibuat untuk tempoh 90 hari dengan latihan 3 atau 4 hari seminggu. Dalam e-buku program ini disertakan sekali dengan video ringkas penerangan program. E-buku ini tidak disertakan panduan pemakanan.

Leave Comment

  1. Dr. Vishnu Raj says:

    Sebagai seorang Dokter Perubatan, CPT and juga amateur bodybuilding, buku ini merupakan program yang sangat baik until sesiapa yg ingin menceburi sukan BinaBadan atau strongman/ strong woman. Sangat berbaloi dgn harga nya. Terima kasih Dato Zaki Khan.