
Ini adalah e-buku Resipi Smoothie Hijau Detox pertama yang diterbitkan oleh Coach Diane Sera dengan himpunan-himpunan resipi kegemaran beliau. Amalan membiasakan diri dengan pemakanan sihat boleh dimulakan dengan menikmati kesegaraan Smoothie Hijau setiap pagi sebagai hidangan sihat pertama sebelum memulakan hari aktif anda. Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi daripada amalan ini.
Amalan pengambilan smoothie hijau setiap hari membantu penurunan berat badan & sangat efektif merawat masalah pencernaan. Manfaat dari smoothie ini sangat mengagumkan! Kandungan vitamin dan mineral dalam smoothie adalah cara paling mudah bagi individu yang ingin menjaga kelengkapan nutrisi harian disamping mengekalkan pengambilan kalori yang rendah. Keperluan serat, protein & mikronutrisi dalan diet harian mampu menjamin tubuh badan manusia mengecapi kesihatan yang optimal.
Antara kehebatan mengamalkan pengambilan smoothie adalah membantu melindungi tubuh dari radikal bebas, melawan depresi, menjaga kesihatan kulit & organ dalaman manusia. Akan tetapi tidak semua individu sesuai mengkonsumsi smoothie ini. Adalah penting untuk berbincang dengan pakar pemakanan anda terlebih dahulu.
Average customer rating
There are no reviews yet.