Dalam membentuk badan, ramai yang terlalu ghairah dengan senaman sahaja tanpa menitik-beratkan faktor lain yang dapat mempengaruhi hasil usaha tersebut. Di dalam e-buku ini, penulis berkongsi formula Undang-undang Tapak Tangan yang memfokuskan 5 elemen penting untuk seseorang membentuk badan di mana bersenam dan menjaga pemakanan adalah antara daripadanya. Penulis juga berkongsi pandangan beliau tentang penggunaan makanan tambahan (supplement) dan dadah sukan (steroid) dalam membantu seseorang untuk membina badan.
Berbeza berbanding “Rahsia Diet”, “Masa Memotong” menerangkan diet dari persepsi yang berbeza iaitu kesilapan seseorang ketika berdiet dan mitos popular dalam diet. Antaranya adalah seperti makan malam dan berhenti merokok punca kenaikan berat badan. Mitos atau fakta? Info menarik lain yang turut dikongsikan berkenaan diet adalah senarai kalori makanan-makanan di Malaysia, dan contoh menu diet selama beberapa hari untuk memberi idea cara untuk memvariasikan menu diet seseorang. Di dalam e-buku ini juga, penulis menyenaraikan bukan hanya satu, tetapi 88 jenis diet yang boleh dicuba mengikut keperluan individu!
Secara keseluruhan, penggunaan bahasa yang santai dan terma yang mudah, dapat membantu pembaca membaca info di dalam e-buku ini dalam keadaan bersahaja dan bukan seperti sedang menelaah buku pelajaran. E-buku “Masa Memotong” ini sememangnya membantu seseorang untuk menilai dan memperbetulkan amalan kebiasaan mereka dalam usaha untuk mendapatkan berat badan dan bentuk tubuh badan yang diingini.
Average customer rating
There are no reviews yet.